Menu

UPSI Perkenal Modul Bantu Warga Emas

Oleh: Megat Afnan Zuhairi Ahmad Hassan (Pelajar Praktikal UiTM)

UPSI, 3 Jun– Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkenalkan Kit SENSES yang mampu meransang deria sensori warga emas bagi membantu mereka merasa lebih gembira dan memperoleh kesejahteraan hidup melalui pelbagai aktiviti yang menarik.

Ketua Projek SENSES Dr. Hapsah Md Yusof berkata, beliau bersama rakan penyelidik menghasilkan kit ini sebagai inisiatif bagi mendekati dan menyantuni warga emas yang kebanyakannya kehilangan lima (5) deria utama atas faktor umur.

“Modul SENSES merangkumi empat komponen utama, iaitu psikomotor, kognitif, afektif dan spiritual.

“Komponen psikomotor berperanan sebagai penggerak motor halus mereka supaya menjadi lebih aktif, manakala komponen kognitif mampu meransang pemikiran mereka untuk lebih mencabar dalam menyelesaikan permasalahan di dalam permainan,” katanya.

Menurut beliau, bagi komponen afektif, ia mampu membantu warga emas untuk menzahirkan serta menambah refleks terhadap perasaan mereka melalui aktiviti berkaitan kesenian, dan komponen spiritual pula mendekatkan warga emas terhadap alam sekitar serta maksud tersurat dan tersirat di dalam kepercayaan dianuti mereka.

“Modul SENSES yang berinovasikan permainan “puzzle” magnetik ini amat bersesuaian dengan warga emas yang mengalami “bedridden” atau terlantar dan tidak boleh bergerak,” ujar beliau.

Tambahnya kit modul itu bersesuaian dengan sukarelawan yang ingin membantu warga emas yang tinggal di institusi penjagaan, dan ianya berpontensi untuk dikomersilkan kepada pusat penjagaan warga emas, organisasi kerajaan dan swasta (CSR) pelajar IPT, sekolah, komuniti, dan juga individu persendirian dengan harga serendah RM35 bagi sebuah kit.

“Ia juga mempunyai keunikan tersendiri kerana bersifat komprehensif dimana ianya mengandungi buku panduan bagi membantu sukarelawan untuk melaksanakan aktiviti. Hasil pencarian paten juga mendapati produk ini bersifat eksklusif dimana tiada produk seperti ini dalam pasaran tempatan. Pembungkusan modul yang menarik, dan ianya relevan untuk kegunaan pelbagai peringkat umur,”.

“ Saya  berharap agar modul ini mampu memberi idea dan inspirasi kepada semua dalam usaha mendekati dan menghargai warga emas, seterusnya memupuk empati serta menanamkan sifat kasih sayang terhadap mereka,” katanya.

Produk inivasi ini pernah memperoleh beberapa pencapaian yang membanggakan antaranya pingat Emas Anugerah Inovasi Dalam PdP Kokurikulum, Persidangan Kokurikulum Universiti 2019, dan Naib Johan Inovasi Terbaik Keseluruhan Kokurikulum Universiti 2019 serta merupakan Finalis, Piala Sukarelawan, Kementerian Pengajian Tinggi 2017.

SENSES juga terbukti berkesan apabila berjaya mengadakan rundingan bersama  Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), dan Dr.Hapsah juga pernah dijemput oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memberikan latihan kepada kakitangan mereka dalam membantu warga emas yang terlibat dengan ketagihan dadah.

 

#demiupsi #cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia  #upsino1pendidikan #upsino1education #Malaysiamembaca UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI NO.1 PENDIDIKAN | NO.1 EDUCATION UNIVERSITY

 

 

Please follow and like us:

Categories:   Artikel Bahasa Melayu, Penyelidikan & Pengkomersilan

Comments

Sorry, comments are closed for this item.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)