Menu

UPSI, Eden Firdaus School for Special Education Perkukuh Bidang Pendidikan Khas

UPSI, 4 Julai – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkukuhkan bidang pendidikan khas negara dengan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Eden Firdaus School For Special Education dalam satu majlis yang berlangsung di Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Mohamad Shatar Sabran berkata, MoU itu merupakan satu pengiktirafan kepada UPSI daripada pihak luar terhadap program yang telah dilaksanakan oleh UPSI khususnya bidang pendidikan khas.

“UPSI menawarkan Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) serta menyediakan pelbagai makmal yang lengkap dan menawarkan khidmat terapi (melalui temu janji) yang dikendalikan oleh Unit Terapi dan Khidmat Sokongan (UTEKS),”.

“Selain itu, pihak Jabatan Pendidikan Khas, FPM turut menawarkan program-program Pendidikan Khas jangka pendek tertakluk kepada sasaran peserta dan objektif program,”.

“UPSI juga selalu mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Perak dalam penganjuran Seminar Amalan Terbaik dalam PnP Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Pendidikan Batang Padang (Outreach). Bagi kerjasama luar negara pula adalah dengan Kerajaan Acheh, Indonesia dan juga latihan Guru-guru Pendidikan Khas dari Maldives,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eden Firdaus, En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, menerusi usaha sama untuk tempoh setahun itu, UPSI dan Eden Firdaus School For Special Education bersetuju mengadakan kerjasama dalam bidang industri, khususnya memberi peluang kepada pelajar UPSI untuk mengadakan latihan industri di Eden Firdaus, menjadikan UPSI sebagai perantis bagi program francais yang akan diwujudkan oleh Eden Firdaus dalam bidang pendidikan khas.

Kerjasama juga melibatkan bidang penyelidikan, pengajaran, dan persidangan, pembangunan model pembelajaran, penerbitan dan penyiaran, serta UPSI akan memberikan khidmat nasihat dalam pembangunan pendidikan kanak-kanak pendidikan khas di Malaysia.

Harapan kami usaha kita bukan setakat berhenti di sini, namun diharapkan detik ini sebagai perintis ke arah kerjasama dan pelbagai program bersama bagi memartabatkan bidang pendidikan khas pada masa hadapan.

UPSI diwakili oleh Profesor Dato’ Dr. Mohamad Shatar manakala Eden Firdaus School For Special Education oleh En. Ahmad Idham.

Eden Firdaus School For Special Education merupakan pusat pendidikan bagi kanak-kanak pendidikan khas yang berkolaborasi bersama dengan Saint Claire Scholl for Education bagi memberi bimbingan dan pendidikan kepada kanak-kanak istimewa disamping memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pengurusan kanak-kanak kategori khas.

Hadir sama Pengetua, Eden Firdaus, School For Special Education En. Kelvin Ng, Dekan FPM, Profesor Madya Dr. Abdul Rahim Razalli dan Pendaftar, Dr Hajah Zainab Othman.

#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia #soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan

UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Educatation

Please follow and like us:

Categories:   Artikel Bahasa Melayu, Jaringan

Comments

Sorry, comments are closed for this item.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)