Menu

UPSI Terus Berkembang Di Peringkat Global

UPSI, 2 April – Universiti Pendidikan Sultan Idris mengembangkan jangkauan globalnya dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Polytechnic University of the Philippines (UPU) bagi tempoh lima tahun.

Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, menerusi MoU itu, akan terus memantap, mengukuh dan mempromosikan UPSI menerusi pengambilan pelajar antarabangsa, dapat bertukar program pelajar khususnya dalam bidang STEM serta  menggalakkan lebih banyak inovasi baharu dengan pemikiran yang lebih luas.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Pengurusan Penyelidikan, UPU, Dr. Racidon P. Bernarte berkata, kolaborasi itu, membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam penyelidikan menerusi bidang yang telah dipersetujui bersama, melaksanakan program mobiliti pelajar, staf fakulti dan juga pengajaran dan pembelajaran berdasarkan disiplin institusi, meneroka potensi kolaborasi dalam pelaksanaan persidangan antarabangsa dan juga akademik yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.

Selain itu, UPU juga berminat untuk melakukan pertukaran bahan pendidikan, penerbitan, penyelidikan dan bahan maklumat pengajaran yang bermanfaat kepada kedua-dua institusi serta meneroka peluang bagi penawaran dwiprogram atau program akademik bersama mengikut persetujuan kedua-dua pihak.

UPSI diwakili oleh Naib Canselor manakala UPU diwakili oleh Dr. Racidon P. Bernarte yang juga merupakan Pembantu kepada Naib Presiden Penyelidikan, Perluasan Perancangan dan Pembangunan, dan disaksikan oleh Pendaftar, Dr. Hajah Zainab Othman dan Executive Vice-President And Vice For Student Affairs And Services, Dr. Herminia E. Manimtim.

Hadir sama, Pengarah Pejabat Harta Intelek, UPU, Profesor Jackie D. Urrutia, Dekan Fakulti Sains dan Matematik, UPSI, Profesor Madya Dr. Zulkifley Mohamed dan Dekan Institut Pengajian Siswazah, UPSI, Profesor Madya Dr. Ramlee Ismail.

#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia#soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan

UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Education University

 

Please follow and like us:

Categories:   Artikel Bahasa Melayu, Jaringan

Comments

Sorry, comments are closed for this item.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)