Menu

UPSI Jalin Kerjasama Dengan ASWARA

BESUT 15 Mac – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai Memorandum persefahaman (MoU) dengan Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) bagi menjalinkan kerjasama apabila kampus di Taman Ilmu Tembila, Besut, Terengganu beroperasi.

Majlis MoU itu diadakan sempena Majlis Penyerahan Tapak Kampus Universiti P. Ramlee oleh Menteri Besar Terengganu kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Rashidi Hasbullah yang mewakili Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Kampus itu dijangka akan beroperasi pada September tahun ini.

UPSI diwakili oleh Naib Canselor Profesor. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran manakala ASWARA diwakili oleh Rektornya, Prof. Datuk Dr. Ir. Mohd. Rizon Johari.

Turut sama terlibat menandatangani MoU ialah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diwakili oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar.

Menurut Rektor ASWARA, Prof. Datuk Dr. Ir. Mohd. Rizon, menerusi kerjasama tersebut, UPSI dan UMK akan mendapat manfaat semua kemudahan yang terdapat di kampus baharu itu seperti asrama, kompleks Pusat Pelajar, Dewan Konvokesyen, Kompleks Sukan serta Mini Stadium dan Masjid,”

Majlis turut disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Dato’ Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar Terengganu, YB Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Rashidi Hasbullah yang mewakili Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia#soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan

UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Education University

Please follow and like us:

Categories:   Artikel Bahasa Melayu, Jaringan

Comments

Sorry, comments are closed for this item.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)