Menu

TNCPI UPSI Raih Anugerah Distinguished STEM Leadership di MTE 2018  


Kuala Lumpur – Universiti Pendidikan Sultan Idris melakar kejayaan membanggakan apabila  Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dato’ Dr. Noraini Idris dianugerahkan Distinguished STEM Leadership oleh Japan Intellectual Property Association (JIPA) pada Malaysia Technology Expo (MTE 2018) yang berlangsung dari 22 hingga 24 Februari 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Profesor Dato’ Dr. Noraini menerima anugerah tertinggi yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk P. Kamalanathan itu atas usaha beliau sebagai penggerak bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Dalam acara tahunan itu, UPSI turut berjaya merangkul satu emas, dua perak dan tiga gangsa melalui beberapa inovasi yang mengambil bahagian dalam MTE 2018.

Pingat emas diperolehi oleh inovasi bertajuk An Integrated Platform in Multi-Classes for Multi-Dimensional Evaluation to Virtualized and Benchmarking of Data Mining Real Time Applications  yang diketuai oleh Alaa Zaidan dari Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif

Pingat perak pula dimenangi inovasi bertajuk Synthesis of Graphene Film from Waste Chicken Fat for Application as Flexible Transparent Electrode yang diketuai oleh Dr. Mohamad Saufi Rosmi dari Fakulti Sains Matematik dan Sedap Cycle yang diketuai oleh Dr. Wesley Allan Johnson dari Fakulti Muzik dan Seni Persembahan.

Tiga gangsa diraih menerusi inovasi bertajuk Electronic Push-Up Test Instrument(SEGAK) oleh Prof. Madya Dr. Gunathevan (ketua) , Folk Tunes of Malaysia For Violin Beginners oleh Mayya Musaeva (ketua) dan Pembelajaran Kendiri Perisian Multimedia Interaktif Aural oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nizam Haji Nasrifan (ketua).

MTE 2018 bertemakan Asia’s Inventions and Innovations Marketplace ini merupakan anjuran Malaysia Association of Research Scientist (MARS) dan PROTEMP Exhibitions and Conferences Sdn Bhd bertujuan memberi peluang kepada pereka cipta untuk mempamerkan idea inovatif hasil ciptaan mereka.

#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia #soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan

 UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Education University

Please follow and like us:

Categories:   Artikel Bahasa Melayu, Penyelidikan & Pengkomersilan

Comments

Sorry, comments are closed for this item.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)