Menu

ResTar’ 18 Kemuncak Projek Akhir Diploma Tari

UPSI, 25 Februari _ Seramai 22 pelajar semester akhir program Diploma Tari, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) mempamerkan bakat seni dan tarian menerusi Resital Akhir Tari 2018 ( ResTar’ 18) bertempat di Panggung Budaya.

Program yang berlangsung dari 24 hingga 25 Februari itu mempamerkan empat genre tarian iaitu Tari Klasik, Tari Tradisional Melayu, Tari Rakyat Malaysia dan Tari Kontemporari.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Zul Adha Mohd Nazri, ResTar’ 18 merupakan projek akhir yang dirangka untuk memberi pendedahan kepada pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, mengurus, menerbitkan dan membuat persembahan untuk pertunjukan tari.

“Ianya diadakan bagi membolehkan para pensyarah membuat penilaian terhadap kursus-kursus yang telah dipelajari sepanjang dua tahun pengajian termasuk kemahiran domain kognitif, psikomotor, afektif dan kemahiran insaniah pelajar dalam mempamerkan sebuah organisasi produksi dan persembahan dari peringkat pra-produksi, produksi dan pasca produksi,”.

“Sekaligus memberi peluang kepada pelajar tahun akhir untuk menghasilkan sebuah produksi yang menggabungkan semua kursus sepanjang dua tahun pengajian, dengan menggunakan ilmu dan teknik tari yang dipelajari bagi mengikut keperluan iaitu produksi ini adalah antara penilaian akhir yang dibuat untuk melayakkan pelajar bagi memenuhi syarat pengajian,” katanya.

#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia
#soaringupwards
#pioneeringversatility #upsino1pendidikan

UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Education University

 

Please follow and like us:

Categories:   Artikel Bahasa Melayu, Sukan & Budaya

Comments

Sorry, comments are closed for this item.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)