Menu

Nutripot System Practices Langkah Memperkasa Amalan Pertanian Bandar

 

Oleh : Fadhli Arif

Slim River , 3 Mac –  Duta Universiti Fokus Luar Bandar dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Batang Padang dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) menganjurkan Nutripot System Practices (NSP) for Family.

Dalam program yang berlangsung di Mini Rural Transformation Centre (MRTC) Seri Gala, Slim River itu, seramai 15 orang usahawan didedahkan dengan ilmu pertanian bandar iaitu penanaman secara sistem nutripot.

Pengarah Program, Syafiqah Mohamed berkata, insiatif itu diambil untuk memperkasa bidang tersebut, sekaligus membantu peserta meningkatkan taraf sosio-ekonomi serta menjimatkan perbelanjaan dapur sesebuah isi rumah.

“Program seperti ini juga membuka peluang pekerjaan kepada usahawan terpilih mahupun masyarakat luar bandar secara tidak langsung serta dapat menerapkan ilmu keusahawanan dalam diri mereka,” .

“Selain itu, penglibatan mahasiswa UPSI daripada jurusan Sains Pertanian dalam program ini sangat membantu para peserta program. Justeru pembudayaan amalan pertanian bandar dapat diapikasi oleh segenap lapisan masyarakat dan pelbagai latar belakang,” katanya.

Di dalam program itu, Jabatan Pertanian Daerah Batang Padang turut menyumbang satu set penanaman nutripot secara percuma kepada peserta.

 

#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia #soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan

UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Education University

Please follow and like us:

Categories:   Artikel Bahasa Melayu, Lain-Lain

Comments

Sorry, comments are closed for this item.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)