Menu

UPSI Terima Lawatan KSVA

 

 

UPSI, 27 Februari _ Seramai 32 warga Kolej Vokasional Shah Alam (KSVA) mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Bahagian Komunikasi Korporat Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, di sini hari ini.

Pengarah KVSA, Puan Hajah Norhayati Abdul Rahman berkata, lawatan itu bertujuan menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam tadbir urus Unit Perhubungan Awam SKVA, mendapatkan pendedahan tentang pelaksanaan dan fungsi Bahagian Komunikasi Korporat UPSI serta berkongsi pengalaman dalam hal berkaitan dengan aktiviti outreach.

Pengarah Bahagian komunikasi Korporat, En Mohd Husyaini Hashim berkata, lawatan tersebut menampakkan kematangan BKK dalam pengurusan unit masing-masing.

“Semua kakitangan dilihat bersungguh-sungguh untuk memuaskan hati para pelawat dan Alhamdulillah Pengarah KVSA sangat berpuas hati dan berasa sangat dihargai dalam lawatan ini,” katanya.

Delegasi SKVA turut dibawa melawat ke Fakulti Teknikal Vokasional, Studio Expose Unit Fotografi, Studio UPSI.TV Unit Produksi & Media Baharu, Unit Media & Penerbitan Korporat dan Bilik Khidmat Pelanggan bagi memberi penerangan dan pendedahan cara kerja di BKK.

Sementara itu, Dekan Fakulti Teknikal Vokasional (FTV), Dr. Ridzwan Che Rus berkata, UPSI sedaya upaya mengarusperdanakan TVET supaya dilihat sebagai pilihan untuk remaja Malaysia bagi membentuk kerjaya-kerjaya baharu serta membentuk kemajuan negara ke arah tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Beliau berharap TVET di Malaysia akan menjadi lebih kukuh melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia yang menekankan kualiti graduan TVET melalui penghasilan pensyarah, pelatih, pengajar, untuk melahirkan graduan TVET yang lebih berkualiti.

 

UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Education University

 

Please follow and like us:

Categories:   Artikel Bahasa Melayu, Jaringan

Comments

Sorry, comments are closed for this item.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)