Menu

285 Graduan KIC Terima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) Dengan Kepujian

 

 

Tanjung Malim, 19 Januari –  Seramai 285 graduan Kirkby International College (KIC) menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) Dengan Kepujian pada Majlis Konvokesyen Kirkby International College 2018 yang merupakan kohort terakhir untuk program francais UPSI dan KIC.

Presiden KIC Pn. Bismillah Khatoon Abdul Kader, mengucapkan tahniah kepada graduan kerana berjaya menamatkan pengajian dan berharap mereka sentiasa berusaha untuk meneruskan kejayaan dengan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Sudah pasti kejayaan hari ini dikongsikan oleh graduan bersama ibu bapa, suami atau isteri. Ini kerana dengan sokongan dan pengorbanan merekalah yang membolehkan graduan melanjutkan pengajian di universiti dan berjaya meraih kejayaan yang dikecapi,” katanya pada majlis yang berlangsung di Auditorium Utama.

Beliau turut mengingatkan golongan guru di negara ini agar sentiasa beringat bahawa masa depan pemimpin akan datang terletak pada tangan mereka, dan golongan itu harus mendidik anak murid mereka mengenai kepentingan menjaga keamanan menerusi idea dan pemikiran mereka.

Tambah beliau, para guru perlu menunjukkan kepada pelajar bagaimana mengutarakan pendapat mereka melalui perkataan yang lembut dan persuasif kerana kata-kata nasihat adalah lebih baik daripada menggunakan kekerasan.

 

 

 

Please follow and like us:

Categories:   Lain-Lain

Comments

Sorry, comments are closed for this item.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)