Menu

UPSI, MFPC Jalin Kerjasama Tingkatkan Industri Perkhidmatan Kewangan

 

21316235_10155691448586972_2735226635818709416_o

Tanjong Malim, 14 September – Malaysian Financial Planning Council (MFPC) dan UPSI menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) sekaligus memberi pengiktirafan kepada UPSI sebagai satu institusi pendidikan yang melaksanakan program Perancang Kewangan Berdaftar dan Perancang Kewangan Syariah Berdaftar.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, perjanjian itu juga akan memberi nilai tambah kepada pelajar-pelajar ijazah sarjana muda pentadbiran (perkhidmatan kewangan) melalui penganugerahan keahlian professional registered financial planner (RFP) dan syariah registered financial planner (shariah RFP) daripada MPFC yang mendapat pengiktirafan daripada dua institusi kewangan utama di Malaysia iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) dan Securities Commission Malaysia (SC),”.

“Keahlian professional ini membolehkan pelajar memperolehi lesen untuk menjalankan praktis daripada BNM iaitu Financial Advisers’ License (FAR) dan Financial Advisers’ Representative License (di bawah Akta insurans 1996) dan dari SC iaitu Investment Adviser’s License (di bawah Akta Industri Sekuriti 19830 dan Capital Markets Services Licence Representative (CMSLR) (di bawah Capital Markets and Services Act 2007),” katanya dalam majlis yang berlangsung Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Pembangunan Manusia.

Tambah beliau, hal ini akan memberikan daya saing yang lebih kepada pelajar dalam industri perkhidmatan kewangan di Malaysia, sekaligus menjadi sumber pendapatan lumayan kepada mereka.

Sehingga kini, hanya terdapat kira-kira 20 syarikat perancang kewangan dengan kurang daripada 2,000 Perancang Kewangan Berdaftar di Malaysia. Jumlah ini dilihat tidak mencukupi berbanding dengan keperluan negara terutama dalam merealisasikan hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi.

Senario ini secara umumnya membuka peluang karier yang lebih luas sebagai perancang kewangan di mana mereka akan membekalkan perkhidmatan perundingan berkaitan insurans, pelaburan, persaraan dan wasiat kepada pelanggan.

Kerjasama yang dilaksanakan antara MFPC dan Jabatan Perakaunan dan kewangan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, UPSI ini akan membolehkan para pensyarah  yang memiliki keahlian RFP dan Shariah RFP menjadi tenaga pengajar setiap kursus termasuk yang menerima pengecualian, para pelajar akan menjalani kuliah di UPSI selama 7 semester sebelum meneruskan dengan latihan industri di syarikat berkaitan pada semester 8.

Selain itu, MFPC juga akan bertindak mencari dan menyalurkan pelajar ke syarikat-syarikat perancang kewangan yang bersesuaian semasa latihan industri dalam semester 8.

MoA ditandatangani oleh Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar dan President MFPC, Micheal Kok Fook On.

Please follow and like us:

Categories:   Jaringan

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)