Menu

MoA UPSI, MAIPk pertingkat Inovasi Zakat Perak

DSC_9273

Tanjong Malim,   29 September – Kerjasama antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bakal membantu mempertingkatkan kutipan zakat di negeri Perak.

Menurut Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Antarabangsa, Profesor Dato’ Dr. Noraini Idris menerusi kerjasama itu, UPSI selaku perunding akan membantu MAIPk menjalankan kajian dan penyelidikan kajian berkenan potensi kutipan zakat di negeri ini.

“Menerusi kajian bertajuk ‘Potensi Kutipan Zakat di Negeri Perak Darul Ridzuan’ ini kita dapat mengenalpasti potensi kutipan dan prospek (golongan pembayar) yang boleh meningkatkan kutipan zakat sekaligus dapat mengenal jenis dan golongan pembayar yang telah tepu supaya kaedah mempromosikan zakat MAIPk menjadi lebih fokus dan terarah,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori.

Tambah beliau, MAIPk telah memberikan dana penyelidikan sebanyak RM300.000 kepada UPSI  bagi menjalanjan kajian tersebut.

Memorandum perjanjian untuk tempoh dua tahun itu ditandatangani oleh Prof Datuk Dr. Noraini Idris dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Muhamed dan disaksikan oleh Pengurus Besar Bahagian Operasi Pemasaran Dan Pungutan Hasil, Ahmad Nazim Hj Md Tajuri dan Pengarah Pusat Penyelidikan Dan Inovasi, Prof Madya Dr. Tajul Shuhaizam Said.

Please follow and like us:

Categories:   Jaringan

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)