Menu

UPSI juara Rentak Bitara 2017

IMG_1062

UPSI , 14 Mei – UPSI mengulangi sejarah tahun 2014 setelah lagu Dimanakan Ku Cari Ganti – Rajuk Rindu dinobatkan juara Pertandingan Rentak Bitara Mash-Up Battle 2017 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3000., sijil dan piala.

Tempat kedua dimenangi oleh Universiti Malaya (UM) dan tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). UM dan UTHM masing-masing mabawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM2000 dan RM1000.

UPSI turut memenangi enam Anugerah Khas iaitu Johan bagi Vokalis Terbaik, Naib Johan bagi kategori Gitaris Terbaik, kategori Pemain Bass Terbaik, Kategori Pemain Kibod Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik dan tempat ketiga Pemain Dram Terbaik dan Video Viral.

Juara Kategori Terbuka pula dimenangi oleh Kumpulan Dominant Seven FASOLA dari Tanjong Malim manakala tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Indrasutra terdiri dari kakitangan Universiti Malaysia Perlis dan tempat ketiga oleh Rhythm of Nature juga dari Tanjong Malim.

Dalam pertandingan anjuran Anjuran Pusat Kebudayaan dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) yang berlangsung di Dewan SITC itu setiap kumpulan yang bertanding perlu menggabungkan dua buah lagu iaitu membawakan mana-mana lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan di ‘mash-up’ kan dengan mana-mana lagu Irama Malaysia.

Manakala bagi kategori terbuka pula, setiap band perlu menggabungkan dua lagu dari mana-mana lagu bergenre rock/pop rock melayu dan di ‘mash-up’ kan dengan mana-mana lagu Irama Malaysia.

 

Pemenang Kategori Universiti Awam

Johan –  Universiti Pendidikan Sultan Idris

Naib Johan – Universiti Malaya

Ketiga – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

 

Persembahan Terbaik

Johan – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Naib Johan – Universiti Utara Malaysia

Ketiga – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

 

Susunan Muzik Terbaik

Johan – Universiti Malaya

Naib Johan – Universiti Pendidikan Sultan Idris

Ketiga – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

 

Gitaris Terbaik

Johan – Universiti Malaya

Naib Johan – Universiti Pendidikan Sultan Idris

Ketiga – Universiti Malaysia Perlis

 

Bassist Terbaik

Johan – Universiti Malaya

Naib Johan – Universiti Pendidikan Sultan Idris

Ketiga – Universiti Malaysia Perlis

 

Drummer Terbaik

Johan – Universiti Malaya

Naib Johan – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Ketiga – Universiti Malaysia Perlis

 

Keyboardist Terbaik

Johan – Universiti Malaysia Perlis

Naib Johan – Universiti Pendidikan Sultan Idris

Ketiga – Universiti Malaya

 

Vokal Terbaik

Johan – Universiti Pendidikan Sultan Idris

Naib Johan – Univeriti Utara Malaysia

Ketiga – Universiti Malaya

 

VIDEO VIRAL

Johan : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Like : 2, 858

Share : 737

View : 15, 057

 

No 2 – Universiti Malaysia Kelantan

Like : 2, 976

Share : 634

View : 12, 401

 

No 3.  Universiti Pendidikan Sultan Idris

Like : 1, 142

Share : 170

View : 6, 708

 

Pemenang Kategori Terbuka

Johan –  Dominant Seven Fasola

Naib Johan – Indrasutra

Ketiga – Rhythm Of Nature

 

Persembahan Terbaik

Johan – The Bujangs

Naib Johan– Rhythm Of Nature

Ketiga – The Chemistry

 

Susunan Muzik Terbaik

Johan – Dominant Seven Fasola

Naib Johan– Indrasutra

Ketiga – The Chemistry

 

Gitaris Terbaik

Johan – Dominant Seven Fasola

Naib Johan – Rhythm Of Nature

Ketiga – Indrasutra

 

Bassist Terbaik

Johan – Dominant Seven Fasol

Naib Johan– Indrasutra

Ketiga – Rhythm Of Nature

 

Drummer Terbaik

Johan – Dominant Seven Fasol

Naib Johan– Indrasutra

Ketiga – Rhythm Of Nature

 

Keyboardist Terbaik

Johan – Indrasut

Naib Johan– Dominant Seven Fasola

Ketiga – The Chemistry

 

Please follow and like us:

Categories:   Lain-Lain

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)