Tiga buku baharu dilancarkan

DSC_4504

Kuala Lumpur, 4 Mei – Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, UPSI melancarkan tiga judul baharu terbitan Pejabat Karang Mengarang (Penerbit).

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, pelancaran tiga buah buku iaitu Pengajaran & Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Teori dan Amalan, Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan dan Assessment in Higher Education Institutions in Malaysia adalah merupakan usaha UPSI untuk memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran di pusat pendidikan tinggi negara.

“Buku pertama ini asalnya ditulis oleh Prof. Datuk Dr. Rajendran Nagappan dalam Bahasa Inggeris dan kemudian diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Prof. Dr. Mohd Mustaman Abd. Karim, pensyarah UPSI”.

DSC_4470“Tajuk asal buku ini ialah Teaching & Acquiring: Higher-Order Thinking Skills: Theory & Practice telah diterbitkan pada tahun 2008. Buku ini antara buku terlaris yang dijual oleh Pejabat Karang Mengarang dan telah diulang cetak sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2008, 2010, 2013 dan 2016” katanya.

Tambah beliau, buku kedua dan ketiga merupakan buku kerjasama antara UPSI dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Buku kedua ini ditulis oleh pensyarah-pensyarah dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu Prof. Madya Azizi Yahaya, Dr. Peter Voo Su Kiong, Dr. Ismail Maakip dan Prof. Madya Mohd Dahlan Hj. A. Malek”.

“Buku ini merupakan buku kerjasama antara UPSI dan UMS yang merangkumi semua aspek dalam proses membuat penyelidikan, iaitu daripada memahami kaedah membuat penyelidikan dari memproses data, menganalisis data, mentafsir dan membuat laporan”. DSC_4526

“Manakala buku ketiga ditulis oleh pensyarah di UMS, Prof. Dr. Jeniffer Chan Kim Lian dan Prof. Dr. Vincent Pang bagi memberikan maklumat kepada kakitangan akademik dan profesional prinsip asas dalam pentaksiran kursus serta penilaian di institusi pengajian tinggi di Malaysia,” katanya.

Majlis Pelancaran Buku Baharu Terbitan UPSI dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...