OLYMPUS DIGITAL CAMERA

UPSI –  15 pelajar semester lima Diploma  Rekabentuk dan Pembangunan Permainan  dari Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), berjaya mencipta casing komputer  berasaskan teknologi hijau dan mesra alam yang diperbuat bahan terbuang.

Projek bertemakan kecintaan alam sekitar ini diketuai oleh Muhammad Waiz Hasyimi Muhammad Hidzer,22, manakala idea dicetuskan Mohamad Nabil Arif Khairul Anuar, 20, itu hanya menggunakan bahan-bahan terbuang yang dikutip di tepi jalan seperti papan lapis serta polistren.

Mohamad Nabil berkata beliau mendapat idea awal semasa berada di dalam kelas dan bingkas mengumpul rakan sekelas untuk membuat perbincangan.

Muhammad Waiz berkata seorang rakan mereka, selepas berjaya mengumpul 15 pelajar mereka terus mencari kayu terbuang dan menyiapkan projek hanya dalam masa dua hari sahaja.

Mereka menggunakan “paper clay” yang dijemur sehari supaya keras dan disapu cat akrilik supaya berwarna seperti membentuk hidupan bawah laut supaya kelihatan mempunyai unsur alam.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Selain turut digunakan kayu ais krim yang dikutip di tepi jalan bagi melengkapkan lagi gubahan.

“Sebaik siap sepenuhnya, kami memuatnaik video pemasangan melalui Youtube melalui akaun rakan, Muhammad Akmal Nasaruddin, menerusi subscribe bergelar “Masterluffy10” yang sememangnya aktif memuatnaik pelbagai bahan di Youtube.

Beliau berkata, hasilnya sungguh membanggakan apabila lebih 2,500 orang dalam masa empat hari sahaja menyaksikan demonstrasi mereka membangunkan projek  sebagai tugasan pengajian itu sekali gus membanggakan Dekan FSKIK, Dr Maizatul Hayati Mohamad Yatim.

Pelajar yang menggelarkan kumpulan tugasan mereka sebagai Games Master (GM) itu hanya mengambil masa dua hari untuk menyiapkan projek berkenaan.

Pelajar di bawah pensyarah penasihat projek,  Salman Firdaus Sidik itu mendapat perhatian dan komen pujian yang menginspirasikan oleh  guru Sains Komputer dari Whitney High School, California, Amerika Syarikat, John Stuart yang menyaksikan paparan video pemasangan  casing berkenaan melalui aplikasi Youtube.

Salman Firdaus berkata hasil ciptaan mereka itu membanggakan universiti berikutan mendapat pujian kalangan penonton Youtube di luar Amerika Syarikat dan Jepun.

 

Info Grafik

Tinggi 30 sm

Lebar 17 sm

Panjang  28 sm

 

Jumlah Pelajar Terbabit

15 orang

 

Tempoh

2 hari

Please follow and like us: