18491589_1443471255711961_1272772368067153653_o-1Oleh: Rasimanshah Rasman

Gambar: Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Tanjong Malim, 11 Mei – Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAKK) UPSI dengan kerjasama Tadika Daerah Muallim dan Batang Padang buat julung kalinya menganjurkan Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Kanak-Kanak Tadika Daerah Muallim dan Batang Padang pada 13 Mei 2017 bertempat di Gimnasium UPSI.

18556768_1443442622381491_6214265288050563993_o

Sebanyak lapan pasukan mengambil bahagian dalam futsal dan lapan pasukan untuk bola jaring, Prasekolah SK Besout 3 mendapat tempat pertama futsal dan Prasekolah SK Datuk Kelana mendapat tempat pertama bola jaring.

Pengarah Program, Nik Muhamad Amin Nik Pa berkata, kejohanan itu dianjurkan bertujuan memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan murid-murid Prasekolah  dan meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak serta memberi pengalaman baharu kepada mahasiswa UPSI dalam mengurus kejohanan sukan yang melibatkan kanak-kanak.

18422812_1443439129048507_2341237295259085787_o

“Selain itu, program ini dapat memberi impak positif terhadap kanak-kanak yang menyertai kejohanan ini serta mencungkil potensi murid-murid prasekolah dalam sukan seterusnya memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk memperkembangkan potensi tersebut ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Tambah beliau, program itu merupakan sebahagian daripada usaha persatuan PPAKK untuk mengadakan program melibatkan prasekolah-prasekolah berhampiran.

Program dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, Prof Dr. Siti Eshah Mokshein.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Muallim En. Saipul Bahrin Sulaiman serta Penasihat PPAKK Dr. Azizah Zain.

Keputusan penuh perlawanan

Kedudukan Prasekolah
Futsal
Pertama Prasekolah SK Besout 3
Kedua Prasekolah SK Sungkai
Ketiga Prasekolah SK Bidor 2
Keempat Prasekolah SK Slim River
Bola Jaring
Pertama Prasekolah SK Datuk Kelana
Kedua Prasekolah SK Slim River
Ketiga Prasekolah SK Besout 3
Keempat Prasekolah SK Bidor 2
Please follow and like us: