18402188_163292684205760_8407488309353528301_o

Gambar: Facebook RMIC UPSI

UPSI, 13 Mei –  UPSI mencipta sejarah tersendiri apabila semua 14 penyertaan dalam Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2017 yang berlangsung pada 11 hingga 13 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berjaya meraih pingat.

Lima dari penyertaan tersebut berjaya meraih pingat emas manakala sembilan lagi adalah pingat perak.

Pingat emas pertama UPSI diraih melalui empat penyelidik dari Fakulti Pembangunan Manusia yang diketuai oleh Dr. Loy Chee Luen melalui projek bertajuk Reka Cipta Boneka dan Cerita Dalam Membentuk Interaksi Kanak-Kanak.

Sumbangan emas seterusnya diperoleh melalui projek yang diusahakan oleh penyelidik dari Fakulti Teknikal dan Vokasional bertajuk Pre Patterned Clothes For Recycle as Daily Use Products yang diketuai oleh Dr. Arasinah Kamis.

18489755_163286747539687_3801482214418253621_o

Penyelidik dari Fakulti Sains Komputeran dan Industri Kreatif berjaya menggondol dua pingat emas melalui projek bertajuk Eco Ceramic Filters yang diketui oleh  Prof. Madya Dr. Tajul Shuhaizam Said dan projek A Novel Virtualized Multi-Dimensional Expert Software to reduce the Gaps in-between the Researhers and Industry Sectors on Evaluation and Benchmarking the Data Mining Real Time Applications Based AI Techniques yang diketuai oleh Dr. Aos Alaa Zaidan.

Pingat emas terakhir disumbangkan oleh penyelidik dari Fakulti Sains Matematik yang diketui oleh Prof. Madya Dr. Ismail Zainol, melalui projek bertajuk Collagen in Oil Emulsion (COE) – New Approach for Effective Topical Cosmetic Applications.

Sembilan pingat perak diraih melalui projek-projek bertajuk PEACE: Parental Engagement in Accelerating Children Excellence  yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris, projek MyVQ–Measuring Vocational Intelligence diketuai oleh Prof. Dr. Ramlee Mustapha, serta projek Kit Simulasi Pengajaran Solat dan Sains Secara Holistik untuk Kanak-Kanak: Buku, Aplikasi Komputer/Mobil, Permainan Robotik dan Model Anatomi yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nor Azah Abdul Aziz.

18449355_163285817539780_4751543441166587433_o

Projek seterusnya yang meraih pingat perak ialah Az–Thesis – Automation and Compilation of Format Thesis yang diketuai oleh Encik Rasyidi Johan, projek LOGO (APH-Pensil) – Addie Prototaip Hibrid Pendidikan Seni Visual yang diketui oleh Dr. Ridzuan Hussin, projek The Development of Mobile App for   Malay Language Early Reading: Adik Jom Baca, diketuai oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Modi Lakulu, Computational Thinking Using Odyssey of Phoenix (OOP), diketuai oleh Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatim, @EDUKIT : E-One Digital Measurement, diketuai oleh Dr. Mohd Izwan Shahril dan projek Electronic Push-Up Test Instrument (SEGAK) diketuai oleh Dr. Gunathevan Elumalai

Pameran pertandingan inovasi dan teknologi anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS) bertemakan “Inventing for a Better World”, ITEX 2017 ini mempamerkan lebih 1,000 reka cipta daripada peserta pelbagai negara merangkumi Korea Selatan, Arab Saudi, Iran, Thailand, Poland, Egypt, Kuwait, Bahrain, Indonesia, Taiwan selain tuan rumah Malaysia.

Please follow and like us: