WhatsApp Image 2017-05-20 at 9.50.23 PMUPSI, 21 Mei – Bagi menyatu dan memantapkan hubungan etnik di Malaysia tanpa mengira latar belakang, status sosial, dan agama, Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) dengan kerjasama Jalinan Anak Sarawak (JASA), Sekretariat Rukun Negara (SRN) dan Pusat Kebudayaan menganjurkan Festival Gawai Kaamatan UPSI 2017 pada 19 hingga 21 Mei 2017 di Dewan SITC.

WhatsApp Image 2017-05-20 at 9.46.41 PM

Mengangkat tema ‘Embracing the Borneo’s Heritage’ program ini menjadi wadah untuk mahasiswa Sabah dan Sarawak merayakan perayaan Gawai Dayak dan Tadau Kaamatan di samping memperkenalkan budaya tempatan mereka kepada kaum-kaum lain yang ada di Semenanjung.

Dalam majlis yang dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya, Sukan Rakyat–The Kampung Style, Pameran dan Bengkel Kebudayaan–Back to Borneo, jualan aneka juadah etnik Sabah, Sarawak dan pertandingan Unduk Ngadau, Kumang, Mr Kaamatan dan juga Keling.

DSC_8106

Bersempena Festival itu juga, satu program Dialog TN50 ‘STI Dalam Kehidupan’ bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau diadakan sebagai satu usaha untuk membentuk masa hadapan negara bagi tempoh 2020 hingga 2050 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Please follow and like us: