18403452_810158192482751_2908872533604562149_n

Gambar : Facebook Wan Nurul Hidayu

UPSI, 14 Mei – Pegawai Belia dan Sukan, UPSI, Datin Wan Nurul Hidayu Wan Abdul Razak, dianugerahkan Tokoh Persilatan Srikandi Negara (Anugerah Tun Fatimah) dalam majlis Santapan Diraja dan Penganugerahan Tokoh Persilatan Srikandi Negara yang diadakan oleh Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (SRIKANDI) di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Anugerah Tun Fatimah ini dikhususkan kepada para atlet yang pernah menjuarai pertandingan silat mewakili negara dan penyampaian anugerah ini disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’ain Billah.

18485358_810165062482064_5642346315858117940_n

Dalam majlis penganugerahan yang  diadakan bagi meraikan jasa dan sumbangan wanita dari seluruh negara dalam pelbagai bidang yang membawa perubahan ke arah kesejahteraan rakyat dan negara itu, KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan mengurniakan anugerah yang mengambil nama sempena tokoh-tokoh Srikandi terdahulu yang telah berjuang sehingga ke akhir hayat mereka iaitu Anugerah Tun Teja, Anugerah Tun Fatimah, Anugerah Tun Puteh dan Anugerah Dang Merdu Wati.

Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (SRIKANDI) adalah sebuah badan NGO yang bergerak aktif dalam bidang amal kebajikan dan kemasyarakatan yang diasaskan oleh Presiden Srikandi Malaysia, YH Dato’ Norashikin binti Abd Ghani serta Cik Nor Khairunnisa Mohamad selaku Setiausaha Agong.

Please follow and like us: