Menu

UPSI Juara Festival Tari 1Malaysia

image2

UPSI, 23 April – Kumpulan Destar Limar dari UPSI muncul Johan dalam Festival Tari 1Malaysia anjuran Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) yang diadakan di Dataran Budaya, UUM.

Dalam pertandingan itu, UPSI mengalahkan lapan institusi pengajian tinggi (IPT), yang bertanding antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Universiti Sains Malaysia (USM).

UPSI turut mendapat kejayaan berganda apabila kumpulan Des­tar Limar dipilih sebagai pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik dan Koreografi Terbaik dalam festival yang berlangsung selama empat hari itu.

Menurut Pengarah Pusat Budaya dan Seni UUM, Huzaidy Hussain, festival itu dianjurkan bagi menonjolkan koreografi tari­an pelbagai kaum dan bangsa yang melambangkan keharmonian di Malaysia.

image1

“Festival ini mengajak masyarakat untuk sama-sama menghargai seni budaya tradisi, di samping memupuk jati diri serta semangat mencintai seni dan budaya, selain mengukuhkan persaudaraan dan hubungan muhibah masyarakat pelbagai kaum di Malaysia,” katanya.

Hadiah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar dalam penutupan Festival Tari 1Malaysia.

 

Please follow and like us:

Categories:   Lain-Lain

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)