UPSI, 28 April – Majlis Jasamu Dikenang dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 (APC 2016) buat julung kalinya digandingkan sekali dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Besar, UPSI.

Pendaftar, En. Faizi Othman berkata, Majlis Jasamu Dikenang diadakan untuk mengenang dan mengiktiraf sumbangan dan jasa bakti yang diberi oleh kakitangan sepanjang berkhidmat di universiti manakala APC bertujuan meraikan dan mengiktiraf kakitangan yang dipilih bagi tahun 2016.

Menurut beliau, dalam majlis itu seramai 15 kakitangan bersara dan 154 kakitangan dari pelbagai skim perkhidmatan atau 8% daripada kakitangan universiti iaitu selaras dengan Pekelililng Perkhidmatan bilangan 2/2002 layak menerima APC bagi tahun 2016.IMG_0164

Tambahnya, penerima APC 2016 dipilih oleh panel Pembangunan Sumber Manusia yang telah bersidang pada 23 Februari 2017.

Dalam majlis anugerah yang disampaikan oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran itu turut meraikan empat kakitangan akademik yang berjaya menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu Dr. Tho Siew Wei, Fakulti Sains dan Matematik, Dr. Manonmani Devi a/p M.A.R Annamalai, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Dr. Mohd Azlan Mohammad Hussain, Fakulti Teknikal dan Vokasional dan Dr. Priyalatha a/p Govindasamy, Fakulti dan Pembangunan Manusia.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani Hamzah, dan  yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr. Mohd Zahuri Khairani.

Please follow and like us: