DSC_2806

UPSI,  24 Februari  – Naib Canselor UPSI yang baharu,  Profesor DatO’ Dr. Mohammad Shatar Sabran, meminta seluruh kakitangan bersatu hati ke arah satu titik demi mencapai  kecemerlangan universiti  tanpa mengira pangkat dan jawatan.

Beliau yang memulakan tugas hari ini menyampaikan syarahan bertajuk “Cemerlang Bersama” di Auditorium  Utama, di hadapan hampir 1000 kakitangan akademik dan pentadbiran  UPSI.

Mohammad Shatar dalam ucapan pertama itu melahirkan hasrat agar seluruh kakitangan bersamanya memperkukuhkan matlamat menjadikan UPSI sebagai universiti pendidikan terulung di Negara ini.

DSC_2769

Memetik beberapa ayat suci al-Quran dan Hadis Sahih sebagai panduan, beliau menyarankan agar warga UPSI menggunakan kekuatan doa untuk meraih kecemerlangan tanpa asyik memikirkan hal-hal yang negatif.

“Marilah kita semua menggunakan kekuatan doa kepada Allah supaya UPSI mencapai kecemerlangan dan berharap diri saya  tidak dibandingkan dengan pemimpin terdahulu kerana masing-masing mempunyai visi yang mungkin berbeza,” katanya.

Antara lain dalam ucapannya, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar mahu setiap warga UPSI membina kecemerlangan diri tanpa terhad dalam sesuatu kelompok sahaja  yang sekali gus akan melonjakkan kecemerlangan UPSI.

“Semua kakitangan memberi fokus kepada usaha meningkatkan kecemerlangan diri dan universiti malah perlu menganggap UPSI sebagai rumah dan keluarga kita.

Beliau turut berharap seluruh kakitangan tidak menggunakan media sosial untuk menyebarkan mesej yang boleh menjatuhkan imej universiti  seperti mempertikaikan kenaikan pangkat atau  pencapaian cemerlang seseorang  sebaliknya menerima segala keputusan sebagai  ketentuan Allah.

Sehubungan itu, beliau meminta  kakitangan saling mendoakan kejayaan  rakan-rakan agar segala kejayaan yang diraih akan melonjakkan nama UPSI.

“Hal itu penting kerana sifat dengki dan prasangka akan  memberi kesan buruk kepada imej universiti apa lagi ia dirosakkan oleh warga universiti sendiri,”.DSC_2798

“Berita-berita tidak tepat dalam media sosial, perlu ditolak  tanpa terus mempercayai  kerana ia boleh mengundang apa yang dinamakan “dosa jariah” dan tidak akan mendengar aduan-aduan negatif tentang seseorang,” katanya.

Beliau berazam mahu mewujudkan perasaan dalam kalangan pelajar-pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan matrik  untuk berazam melanjutkan pengajian pendidikan di tersohor itu.

Mohammad Shatar,50,  kelahiran Tanjung Piandang,  Perak menggantikan Prof. Dato’ Dr Zakaria Kasa yang bersara wajib pada 23 Februari lalu.

Beliau dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 24 Februari 2017 hingga 23 Februari 2020

Please follow and like us: