Prestasi Menangi Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang (Sektor Awam).

FB_IMG_1493635550862

Tanjong Malim, 3 Mei  – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRESTASI) UPSI dianugerahkan Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang  (Sektor Awam) 2017 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dalam satu majlis yang diadakan bersempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2017 di Putrajaya Convention Centre (PICC), sekaligus membawa pulang hadiah berupa trofi, cek bernilai RM 6000.00 dan sijil.

Menurut Presiden PRESTASI 2015-2017, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain, pengiktirafan ini merupakan satu hadiah buat UPSI yang kebetulan ditubuhkan pada hari pekerja, tanggal 1 Mei 1997 apabila diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.

cantik

“Kunci utama kejayaan ini adalah keupayaan persatuan mencipta kelainan dalam mentadbir persatuan dengan membuka ruang-ruang baharu untuk diterokai sesuai dengan ledakan maklumat dan pengaruh media sosial.

“Persatuan ini juga mengamalkan pendekatan kreatif dan inovatif dalam urusannya yang bertepatan dengan tema Hari Pekerja 2017, “Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi,” katanya.

Tambah beliau, penghargaan itu juga amat bermakna kerana ia menjelmakan slogan Cemerlang Bersama yang dipelopori oleh Naib Canselor UPSI Ke-6, Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran dengan persatuan dan majikan sentiasa bersama menaikkan nama Universiti.

PRESTASI merupakan sebuah persatuan yang sentiasa menyubur dan mengekalkan perhubungan toleran dan harmoni antara majikan dan pekerja dengan memperkenalkan PARLIMEN PRESTASI, satu platform perdebatan dan perbahasan membawa suara ahli pelbagai skim perkhidmatan untuk perhatian majikan.

PRESTASI juga membawa suara ahli ke Majlis Bersama Jabatan UPSI yang konsisten diadakan 4 kali dalam setahun dengan usul yang dibawa berjaya mendapat kelulusan majikan selain memberi sumbangan di peringkat Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) dan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta termasuk di luar negara.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...