IMG_5221

 

Oleh: Syara Shazanna Zulkifli

Gambar: Persatuan Psikologi

Jogjakarta, Indonesia, 13 Mac – Seramai 28 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi telah menyertai Program Lawatan Akademik dan Sosial ke Jogjakarta, Indonesia  yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Psikologi (PSYCH) dengan kerjasama Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM) serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni pada 8 sehingga 13 Mac 2017.

Asimilasi ilmiah diadakan di dua buah universiti iaitu di Universitas Islam Indonesia (UII), Universiti Gadjah Mada (UGM) dan Universitas Negeri Yogyakarta (UNY), di Jogjakarta, Indonesia, ini bertujuan untuk memastikan kerjasama antara dua negara terus berlangsung.

Seramai lapan orang pelajar UPSI bersama empat orang pelajar Universiti islam Indonesia (IIUM) membentangkan hasil kajian dalam mini conference dengan tema Psikologi Sosial.

img 3

Selain itu, para pelajar turut menjalankan khidmat sukarelawan di Sekolah Dasar Cangkringan 1 dengan melakukan kerja gotong-royong, kelas Bahasa Inggeris, serta aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) serta menyumbang 2 juta rupiah dalam bentuk buku ilmiah sebagai bantuan kepada SD Cangkringan yang telah dilanda letusan gunung berapi.

Lawatan budaya juga diadakan ke Candi Borobudur, Kraton, dan Candi Kimpulan yang terletak di Perpustakaan UII.

Semasa lawatan ini persatuan Persatuan Psikologi UPSI dan Lembaga Mahasiswa Pelajar (LEM) UII dan PSYCH bersetuju untuk bekerjasama bagi meneruskan ikatan kerjasama antara dua buah negara.

Program Lawatan Akademik dan Sosial ke Jogjakarta, Indonesia telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Rahmatullah Khan, Penasihat Psikologi UPSI, ditemani oleh Encik Nuzsep Almigo, Penasihat PSYCH UPSI.

Menurut Prof. Dr. Rahmatullah Khan, program sebegini akan memberi kesan yang besar antara Indonesia dan Malaysia, kerana dapat meluaskan pandangan pelajar terhadap pemahaman psikologi serta membuka langkah pertama bagi fakulti-fakulti lain untuk mengikuti jejak FPPM kerana fakulti ini merupakan fakulti pertama di UPSI yang menganjurkan program ke luar negara.

Please follow and like us: