image-1

UPSI, 18 April – Projek “Pencarian Bahan Perpustakaan Menggunakan Opac Kurang Efisien” hasil inovasi dari Kumpulan Inovatif dan kreatif (KIK), Oasis daripada Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) berjaya merangkul pingat emas dalam Konvensyen Mini Team Excellence 2017 Wilayah Utara yang diadakan di Hotel Ixora Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Kumpulan yang diwakili oleh En. Mohd Razalli Ahmad Termizi, En. Mohd Hizam Samin, En. Nurul Kashfi Subri dan En. Khairul Asyrani Sulaiman menerima pingat dan sijil pingat yang disampai oleh Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Dato’ Dr. Haminnuddin Hj. Abd Hamid.

OffPAC ialah singkatan bagi Offline Public Access Catalogue adalah aplikasi mudah alih untuk Android dan iOS bagi mengakses katalog awam PTB. Ia turut boleh digunakan walaupun tanpa akses internet.

Idea mencipta OffPAC tercetus berikutan beberapa isu seperti Terminal OPAC di PTB adalah terhad, subjek kepada keadaan rangkaian, carian terlalu mengambil masa dan pada waktu puncak keadaan akses menjadi sangat perlahan.

Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh membuat penanda terhadap hasil carian, dapat terus mengesan lokasi bahan, boleh membuat tempahan bahan (bagi bahan berstatus circulated sahaja dan memerlukan akses internet kerana disambungkan ke WebOPAC) serta mengetahui status terkini bahan tersebut (memerlukan akses internet).

Selain itu, aplikasi ini turut dilengkapi dengan Bar Code scanner, yang boleh digunakan untuk mengimbas ISBN di belakang buku.

Sebelum ini, OffPAC pernah memenangi dua pingat emas di ITEX 2015, PECIPTA 2015 dan menjadi juara KIK Universiti Awam pada bulan Ogos 2016 di Universiti Malaysia Terengganu.

Gambar: Perpustakaan Tuanku Bainun

Please follow and like us: