PING PONG

UPSI, 29 Mac – Walaupun sibuk dengan kerja hakiki di pusat tanggungjawab masing-masing, Encik Roszairi Haron (Fakulti Sains dan Matematik) dan Dr. Muhammad Anas Al Muhsin (Fakulti Bahasa dan Komunikasi) membuktikan ia bukan halangan untuk mengharumkan nama UPSI di arena sukan.

Pasangan ini menjadi Johan Bergu Lelaki Kejohanan Ping Pong MAKSAK Negeri Perak yang berlangsung pada 18 dan 19 Februari 2017 di Dewan Persatuan Cina Kwang Tung, Ipoh Perak.

kayak

Selain itu, UPSI turut meraih tiga kejayaan menerusi pembabitan siswazah dalam kejohanan kayak, kejohanan ragbi dan juga kejohanan karate.

Pasukan kayak UPSI berjaya meraih dua perak dan satu gangsa di Kejohanan Regatta Kanu Kebangsaan 2017 yang berlangsung pada 23-25 Mac 2017di Kuala Ibai, Terengganu.

ragbi

Pada 24 hingga 25 Mac 2017, Pasukan Ragbi UPSI (UPSI’s Eagles) berjaya menjadi Naib Johan di Kejohanan Ragbi Penggaram – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 10s yang berlangsung di UTHM, Batu Pahat.

karate

Kalpana Kumareson, Atlit Karate meraih pingat gangsa di 27th MAKAF National Cadet, Junior & U-21 Karate Championships 2017 yang berlangsung di Dewan Rakan Sukan MSN Kangar, Perlis pada 24 Mac yang lalu.

Please follow and like us: