Abdul Mun’im Johan Qari Tilawah Ihtifal

17761719_1466573233393716_548016370_o

USIM, 4 April – Abdul Mun’im Marwan, pelajar semester 8, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), dinobatkan Johan Qari Pertandingan Tilawah Al-Quran Sempena Ihtifal Institut Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN yang berlangsung pada 31 Mac 2017 hingga 3 April 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.

Beliau yang mengambil jurusan bahasa Arab berkata, pencapaian itu adalah hadiah buat UPSI sebelum bergraduat.

“Saya mempunyai impian ingin membuat satu pencapaian yang universiti belum pernah capai jadi apabila diumumkan memenangi pertandingan ini saya berasa sangat gembira sehingga menitiskan air mata. Hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya saya kerana dapat menunaikan impian ini pada akhir semester,”.

“Saya sudah beberapa kali menyertai pertandingan tilawah. Pada tahun lepas saya turut mewakili UPSI dalam Ihtifal ASEAN 2016, tetapi hanya mendapat sagu hati. Tahun ini saya bertanding semula dengan tekad ingin mendapatkan pencapaian buat UPSI,” katanya.

17636758_10155162709911972_5921288053054828663_o

Sebelum menyertai pertandingan anak keenam daripada lapan orang adik beradik ini gigih berusaha untuk mencapai impiannya dengan mencari guru tarannum bagi memperbetulkan bacaan.

Menurut Abdul Mun’im, sebagai persediaan, beliau berlatih setiap hari dari hari nama didaftarkan dan mengikuti kursus tahsin qiraah yang diajar oleh bekas Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa, Ustazah Pasiah Hashim.

Abdul Mun’im yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM2000.00 berserta sijil dan piala berharap akan muncul ramai lagi mahasiswa mahasiswi yang akan mengharumkan nama UPSI di bidang dan kebolehkan masing-masing.

Ihtifal Institut Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN bertemakan “Wasatiyyah Asas Transformasi Belia” merupakan program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, USIM dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM).

Penganjuran sebagai acara tahunan berlangsung selama empat hari itu turut mempertandingan empat acara lain iaitu Pertandingan Debat Bahasa Arab, Nasyid, Seminar Tadabbur Al-Quran dan Pidato Dwibahasa (Bahasa Arab dan Bahasa Melayu).

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...