17545616_10155141242341972_8707871167412743983_o

UPSI, 27 Mac – Kongres Duta Jauhar 3.0 menobatkan Duta Jauhar UPSI sebagai penerima tempat pertama Anugerah Emas Terbaik dan Anugerah Projek Keusahawanan Sosial Terbaik pada Majlis Kongres Duta Jauhar 3.0 yang berlangsung pada 26 Mac 2017 di Dewan Utama, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MITEC, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

Pasukan yang diketuai oleh Mohd Mustakim Hassan dengan projek Transfomarsi Penternakan Air Tawar & IKS berjaya membawa pulang Dana Keusahawanan bernilai RM4,000.00 dan Piala Iringan.

Selain itu, dalam majlis yang dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi. YB Dato’ Seri Idris Jusoh, UPSI turut memenangi Anugerah Perak menerusi projek Usahawan Tani Penanaman Buah Tin yang diketuai oleh Zulfadhli Zaim Ismail.

Duta Jauhar merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor bagi mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor.

Program cetusan idea Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin ini bertujuan membangunkan sosio-ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan Mahasiswa Johor daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara.

17426067_405206936505691_5823807321683058841_n

17499358_405206799839038_9177227669054739871_n

ANUGERAH EMAS TERBAIK

Pertama : Duta Jauhar UPSI (Penternakan Ikan Air Tawar Dan IKS)
Ke-2 : Duta Jauhar USIM (Enhancing Potential Of People With Disabilities)
Ke-3 : Duta Jauhar UKM (Jauhar Cleaning Service)
Ke-4 : Duta Jauhar JOHOR SKILLS (Power Of Skills)

ANUGERAH PROJEK KEUSAHAWANAN SOSIAL TERBAIK

Duta Jauhar UPSI (Penternakan Ikan Air Tawar Dan IKS)

ANUGERAH PERAK

Pertama : Duta Jauhar UMP (Community Economic Development Programme)
Ke-2 : Duta Jauhar UPSI (Usahawan Tani Penanaman Buah Tin)
Ke-3 : Duta Jauhar USIM (Ladang Air – Penternakan Udang Kara)
Ke-4 : Duta Jauhar UPM (Mersing Agrucultural Transformation Scheme)
Ke-5 : Duta Jauhar UiTM Segamat (Fertigasi Halia)
Ke-6 : Duta Jauhar MARSAH (Keluarkan Aku Daripada Asnaf)
Ke-7 : Duta Jauhar UMT (The Heart of Aquaponic Initiative)

Please follow and like us: