17457589_10155136946646972_6437272005803111372_nGambar: Pusat kebudayaan

USM, 25 Mac – Kumpulan Mustika Bayu menjulang nama UPSI dengan menggondol hadiah utama pada Pertandingan  Malam Citra Bayu 2017 (MCB2017) yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia.

Kumpulan Mestika Bayu mempersembahkan tarian pacu-pacuan yang menggambarkan aktiviti sosial masyarakat Bajau, Kota Belut, Sabah menewaskan lapan universiti lain yang turut bertanding iaitu Universiti Teknologi Mara, Universiti Utara Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Selangor dan Universiti Malaya.

Dalam pertandingan anjuran  Perkumpulan Siswa-siswi Sabah (PERSIS) Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah di Semenanjung (G3S) yang disempurnakan oleh Penasihat G3S, Tuan Haji Yamani Hafez Musa itu, UPSI turut memenangi tiga anugerah bagi kategori  Kostum Terbaik, Koreografi Terbaik dan Penari Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Razmil Sanil.

Please follow and like us: