HAS_8091

Oleh: Aidi Safian Ghazali – Pelajar praktikal KPTM Kuantan

UPSI, 27 Mac – Kelab PEMADAM UPSI menganjurkan Hari Bebas Dadah peringkat UPSI  dianjurkan secara bersama dengan Majlis Daerah Tanjong Malim dan PEMADAM Muallim yang berlangsung di Auditorium Utama UPSI.

Pada majlis yang sama turut diadakan pelancaran PEMADAM Daerah Muallim yang disempurnakan oleh Dato’ Haji Samsudin bin Abu Hassan, Pengerusi PEMADAM Perak.

PEMADAM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk membantu kerajaan Perak mencapai tahap komuniti Bebas Dadah pada tahun 2020 dengan kerjasama daripada semua pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan berpandukan Pelan Tindakan Strategik PEMADAM 2015-2020 yang komprehensif dan bersepadu.

HAS_7903

Peserta mendapat input yang sangat berfaedah melalui dua sesi ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Muzaffar Shah dari Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI selaku Timbalan pengerusi PEMADAM Daerah Muallim bertajuk “Intervensi keluarga dalam pencegahan dadah”, dan Prof. Madya Dr. Richard Ng, Naib Pengerusi PEMADAM Perak turut memberikan ceramah tentang Pelan Tindakan Strategik PEMADAM dalam Membanteras Penyalahgunaan Dadah khususnya di negeri Perak dan menjurus ke arah masyarakat bebas dari gejala penyalahgunaan dadah.

Please follow and like us: