UPSI tuan rumah ICNP2017

 DSCN4078

LUMUT, 16 Mac- , Universiti Pendidian Sultan Idris buat julung kalinya menjadi tuan rumah bagi International Conference on Natural Products 2017 yang diadakan di Swiss Garden Beach Resort, Lumut.

Persidangan bertemakan “Awakening of Natural Products and Drug Discovery” anjuran bersama Fakulti Sains dan Matematik dan Malaysian Natural Products Society itu berjaya menghimpunkan seramai 160 peserta terdiri dari ahli akademik, penyelidik, saintis dan industri pelbagai institusi termasuk Universiti Awam dan swasta dalam dan luar negara serta wakil agensi-agensi kerajaan.

Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Prof Emeritus Dr. Othman Lebar, merangkap wakil Naib Canselor UPSI berkata, persidangan itu bertujuan bagi membincangkan perkembangan terkini pelbagai cabang penyelidikan berkaitan sebatian semulajadi.

Ia juga bertujuan untuk mempamerkan penemuan-penemuan baharu kajian mengenai produk semula jadi di Malaysia dan negara-negara yang mengambil bahagian, dan berkongsi pembangunan dan teknik terkini serta peralatan dalam penyelidikan produk semula jadi.

Antara tajuk kajian yang dibincangkan ialah pharmaceutical and medical chemistry, analysis and development of herbal products, new technology platforms in natural products research chromatography and separation science dan microbial metabolites as a new source of pharmaceutical.

Hadir sama Dekan Fakulti Sains dan Matematik, Prof Madya Dr. Zulkifley Mohamed, dan Presiden Malaysian Natural Products Society, Prof Datuk Dr. Ibrahim Jantan.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...