UPSI Naib Johan Music Festival & Busking Challenge Charity 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.-1-1

 

UPSI, 3 Mac – Kumpulan Tribute Busker, Universiti Pendidikan Sultan Idris dinobatkan Naib Johan  Music Festival & Busking Challenge Charity 2017 yang berlangsung pada 3 Mac 2017 di Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.

Program anjuran Bersama USM, UPSI dan Majlis Belia Kelantan turut disertai oleh 13 Kumpulan Busking dari Universiti Awam antaranya Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Sultan Zainal Abidin.

Kumpulan yang dianggotai oleh pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan,  Adib Bunyamin Azmi, Muhammad Solehudin Tukiman, Muhamad Syahiran Wepin dan Muhammad Fazrul Ramli mendapat bimbingan dari Pegawai Muzik Kanan FMSP, En. Suniza Mustafa manakala Sistem Audio dan Lampu Persembahan di bawah kelolaan Kakitangan Pusat Kebudayaan UPSI.

Sementara itu, En. Busuniza berkata, beliau bagi pihak FMSP mengucapkan terima kasih atas amanah yang telah diberi serta jalinan kerjasama bersama Pusat Kebudayaan UPSI bagi menyertai Music Festival & Busking Challenge Charity 2017.

“Terima kasih juga atas sokongan penuh dari pihak fakulti terutamanya Dekan FMSP iaitu Prof. Madya Zaharul Lailiddin Hj. Saidon serta pengurusan fakulti kerana membenarkan pelajar yang berkenaan menyertai pertandingan tersebut,” ujarnya.

Pic :  Pusat Kebudayaan

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...