DSC_2399

UPSI, 14 Februari – Universiti Pendidikan Sultan Idris menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Darul Quran JAKIM bagi tempoh lima tahun mulai 14 Februari 2017 hingga 13 Februari 2022.

Melalui kerjasama itu, UPSI menawarkan program pengajian di peringkat Ijazah pertama kepada pelajar darul ouran untuk mengikut pengajian di UPSI serta mendapat pengecualian dan pemindahan kredit.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk melaksanakan kursus dan latihan bidang pengajarandan pembelajaran tahfiz al-Quran kepada pensyarah darul Quran JAKIM, membangunkan penyelidikan dan penerbitan melalui perkongsian kepakaran, maklumat dan dana penyelidikan.

Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki berkata, graduan Darul Quran digalakkan menyambung pengajian dalam bidang agama di peringkat ijazah sarjana muda di UPSI agar mereka tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan Negara.

“Ini merupakan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dalam melahirkan jati diri dalam kalangan golongan hafazan al-Quran”.

“Diharap ianya akan menjadi titik tolak kepada kita bagi melahirkan generasi rabbani sejajar dengan Transformasi Nasional 2050,” katanya.

Menurut Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Zakaria Kasa, seperti yang termaktub dalam MoU itu,  UPSI akan mengadakan pengecualian dan pemindahan jam kredit bagi graduan Darul Quran untuk beberapa kursus yang bersesuaian.

“Selain itu, pihak kami juga bersedia untuk melaksanakan kursus dan latihan bidang pengajaran dan pembelajaran Tahfiz al-Quran kepada pensyarah Darul Quran berdasarkan kepakaran yang kami ada di sini,”.

“Perkongsian ini juga akan melibatkan bidang penyelidikan, penerbitan, pinjaman pensyarah serta aktiviti pelajar yang bersesuaian. Memandangkan jarak antara UPSI dan Darul Quran yang hanya sekitar 30 kilometer, insya Allah di masa depan,  mungkin kita akan anjurkan program secara bersama terutama dalam konteks memperkasakan pengajian al-Quran di peringkat kebangsaan atau antarabangsa,” ujar beliau.

Hadir sama Timb. Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM,Tuan Haji Paimuzi Yahya, Pengarah Darul Quran JAKIM, Dr. Hj. Nordin Ahmad, Pendaftar,En Mohd Faizi Othman dan Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan, Prof. Dr. Zainuddin Othman.

Please follow and like us: