IMG_1326

KUALA LUMPUR, 6 FebruariUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalinkan kerjasama dengan Cambridge Malaysian Education and Development Trust (CMEDT) dalam satu majlis Pelancaran Kerjasama yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris di The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.

Dato’ Seri Idris berkata, kerjasama antara UPSI dengan CMEDT bertujuan memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris di UPSI melalui aplikasi pembelajaran dalam talian iaitu Cambridge Accessible Tests (CATs) sebuah aplikasi pembelajaran dalam talian yang membolehkan para pelajar belajar sendiri untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka seterusnya menggalakkan proses pembelajaran kendiri.

IMG_1351

“Program (CATs) dapat mengukur kebolehan pelajar menggunakan bahasa Inggeris sama ada dengan membaca, menulis dan mendengar. CATs menggunakan Common European Framework of Reference (CEFR) yang juga pe­nanda aras diguna pakai di negara-negara Eropah,”.

“Justeru, kerjasama ini juga dapat memastikan guru-guru Bahasa Inggeris di UPSI diiktiraf setaraf dengan guru peringkat antarabangsa,” katanya.

Pengerusi Eksekutif CMEDT, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata Sistem CATs merangkumi empat bidang prinsip pembelajaran Bahasa Inggeris iaitu percakapan, pembacaan, penulisan dan pendengaran.

“CATs telah dibangunkan dan diformulasi dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang penuh sinergi jika dibandingkan dengan alat ujian yang lain selain menjadi alat penilaian formatif yang berasaskan kepada prinsip pembelajaran masteri,” .

“CATs dijangka dilaksanakan secara berperingkat di UPSI bermula September ini melibatkan pelajar semester pertama, khususnya yang mengambil jurusan Bahasa Inggeris,” kata beliau.

IMG_1373

Tambahnya UPSI juga akan meneliti potensi penggunaan CATs dalam mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di peringkat pengajian tinggi dan kajian akan dilaksanakan bagi menilai keberkesanannya.

Terdahulu, Surat Niat kerjasama itu ditandatangani oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Zakaria Kasa dan Pengerusi Eksekutif CMEDT, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin.

Please follow and like us: