16684051_1395127390519241_5601249132786938283_n

UPSI, 21 Feb. – Sempena sambutan International Mother Language Day, Kira-kira 30 pelajar Antarabangsa UPSI mengedarkan risalah mengenai Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa di sekitar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Dengan memakai lencana hitam kumpulan ini bergerak dari Hentian Bas, Bahagian Pintu Timur secara berkumpulan untuk mengedarkan risalah kepada warga UPSI bagi meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya bahasa ibunda sebagai warisan negara dalam memperkasakan bahasa dan budaya.

Hari Bahasa Ibunda disambut pada setiap 21 Februari berasal dari pengiktirafan antarabangsa kepada Hari Pergerakan Bahasa yang disambut di Bangladesh pada tahun 1952, apabila sebilangan penuntut Universiti Bangladesh dibunuh oleh polis dan tentera Pakistan di Dhaka ketika menyertai Pergerakan Bahasa Bengali.

Sambutan ini adalah salah satu usaha memartabatkan bahasa-bahasa yang terpinggir di dunia. Selain itu, ia bertujuan mendasari kepelbagaian budaya, bahasa dan lingusitik. Bahasa sentiasa menjadi agenda penting dalam objektif-objektif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Please follow and like us: