Menu

Naib Canselor Turun Padang Kempen Etika Menaiki Bas

HAS_6033

UPSI, 13 Mac – Selaras dengan hasrat ingin melahirkan identiti baharu UPSI, Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran turun padang untuk merasmikan Kempen Etika Menaiki Bas Di UPSI yang berlangsung di Hentian Bas Pintu Timur UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Menurut beliau, walaupun kempen itu kelihatan kecil namun mampu memberi impak yang besar dan sangat penting dalam konteks negara.

“Kempen ini nampak kecil tetapi saya rasa untuk mahasiswa universiti ia sangat penting kerana generasi kita pada hari ini sudah lupa tentang beberapa adab dan tatasusila dalam menggunakan perkhidmatan awam. Walaupun ini perkhidmatan universiti  tetapi secara umumnya sikap itu akan terbawa-bawa sekiranya kita tidak asuh”.

“Pada saya mahasiswa pada hari ini merupakan pelapis akan datang yang pada suatu masa nanti akan berkeluarga serta mempunyai anak.”

“Apabila mereka dibekalkan dengan segala etika  dan sebagainya saya pasti mereka akan menurunkan kepada anak- anak mereka dan suatu hari nanti kita akan melihat  generasi kita di Malaysia akan mempunyai generasi  yang mempunyai nilai- nilai seperti yang kita lihat di negara-negara maju dimana mereka tahu menghormati dan menggunakan perkhidmatan yang diberikan kepada mereka dengan penuh etika,”katanya.

HAS_6080

Beliau berharap semua mahasiswa akan memberi sokongan padu kepada kempen tersebut supaya pada akhirnya mahasiswa UPSI akan dilihat berbeza dengan mahasiswa lain sekaligus cita-cita untuk ‘Cemerlang Bersama’ dan menonjolkan nama UPSI akan menjadi realiti dalam masa kurang dari setahun.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Muhammad Syahmi Aiman Sulaiman berkata, kempen hasil  inisiatif Majlis Perwakilan pelajar dengan kerjasama Syarikat Bas Kiffah itu bertujuan untuk menerapkan nilai disiplin di kalangan para mahasiswa khususnya dari segi Etika Pemakaian Kad pelajar dan Etika Menaiki Bas.

“ Saya berharap mahasiswa UPSI khususnya kepada bakal-bakal guru akan mengambil inisiatif tersebut dengan positif dan mengikuti semua peraturan yang telah ditetapkanagar menjadi guru yang hebat apabila keluar kelak,” katanya.

Please follow and like us:

Categories:   Lain-Lain

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)