DSC_3069

Oleh: Aidi Shafian Ghazali – Pelajar Pratikal KPTM Kuantan

UPSI, 17 Mac-Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan Duta Malaysia ke Uzbekistan, Tuan Yang Terutama Dato’ Nor’Aini  Abd. Hamid untuk membincangkan usaha memperkembang dan memartabatkan  Bahasa Melayu di Uzbekistan yang diadakan Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori UPSI.

Dalam pertemuan yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangasa), Prof. Dr. Mohd. Sahandri Gani Hamzah, Dato’ Nor’Aini berkata, UPSI menjadi pilihan untuk bekerjasama kerana diyakini dapat membantu memperkembangkan lagi Bahasa Melayu di Uzbekistan dengan adanya kepakaran di Jabatan Bahasa Melayu, Fakutli Bahasa dan Komunikasi UPSI.

Selain itu, UPSI akan mengadakan Persidangan Memartabatkan Bahasa Melayu pada bulan Julai tahun ini dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Uzbekistan ini sebagai langkah mempromosikan UPSI sebagai universiti pendidikan Malaysia yang terulung di Uzbekistan, Kazakhstan serta Kyrgzstan.

Hadir sama dalam perbincang itu ialah Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Prof. Madya Dr. Nor Azmi Mostaffa. dan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Madya Dr. Intan Safinas Mohd Ariff Albakri.

Please follow and like us: