1520 berentap di Pencak Silat UPSI Antarabangsa Kali Ke-8

HAS_4978

UPSI, 8 Mac –  Seramai 1520 peserta berentap bagi merebut gelaran Juara Kejohanan Pencak Silat UPSI Antarabangsa Kali Ke-8 (Piala Menteri Besar Perak) anjuran Kolej Ungku Omar UPSI bersama Pusat Sukan yang diadakan di Dewan Kolej Ungku Omar, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Dalam kejohanan yang diadakan pada 7 hingga 12 Mac 2017 itu melibatkan 373 peserta kategori terbuka antarabangsa, 750 kategori IPT dan 397 Kategori remaja antarabangsa. Jumlah keseluruhan 1520 peserta. Melibatkan beberapa buah negara antaranya Singapura, Indonesia dan Pasukan Elit Malaysia.

Menurut Presiden Pesaka Malaysia, Tan Sri Dato’ Wira Haji Mohd Ali Mohd Rustam, silat merupakan salah satu warisan seni mempertahankan diri bukan sahaja dipelajari dan diamalkan oleh masyarakat kita sahaja tetapi juga kalangan masyarakat luar negara.

Tambah beliau, penglibatan anak-anak muda dalam aktiviti riadah dan sihat seperti ini dapat membantu mereka daripada membuang waktu untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah di samping memberi pengetahuan tentang teknik dan cara untuk mempertahankan diri dan memberi peluang untuk mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat.

HAS_5187

“Seiring dengan perkembangan sukan pencak silat di negara ini, saya yakin pesilat-pesilat yang bakal beraksi dalam kejohanan ini merupakan mereka yang berbakat besar dan tidak mustahil kejohanan ini juga bakal melahirkan pasilat-pesilat yang akan mewarnai persada silat negeri, negara dan antarabangsa,”.

“Sekiranya kejohanan ini dapat dikembangkan dengan lebih baik dan dapat menarik lebih ramai lagi penyertaan dari dalam dan luar negara, saya percaya ia bakal menjadi trade mark bukan sahaja untuk UPSI secara khususnya malah menjadi tarikan utama orang luar untuk berkunjung ke negeri Perak dan Malaysia secara amnya,” ucap beliau.

Pengarah Program, Yuzriman Ayub berkata, matlamat kejohanan itu adalah untuk memupuk nilai nilai jati diri kepada generasi muda ke arah penghayatan diri sebagai pembinaan sahsiah individu di samping memberi pendedahan serta pengalaman kepada atlit dalam kejohanan dan bersaing dengan pesilat lain khususnya di peringkat antarabangsa.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...