DSC03463

UPSI, 27 Januari –  Kontigen Sri Lanang dinobatkan Pasukan Terbaik Karnival Sukan Staf (KIESTA) 2017 dalam satu majlis penutup KIESTA yang diadakan di Arena UPSI sekaligus membawa pulang Piala Johan Keseluruhan KIESTA 2017 dan wang tunai RM500.00.

Sri Lanang berjaya memungut 30 pingat keseluruhan iaitu 14 pingat emas, 9 perak dan 7 gangsa. Tempat kedua diungguli kontigen Zaba dengan pungutan 26 pingat keseluruhan dan tempat ketiga oleh kontigen Rahman Talib yang berjaya memungut 26 pingat keseluruhan.

Olahragawan dinobatkan kepada Zarulnaim Mansur dari kontigen Rahman Talib manakala olahragawati diberikan kepada Azrena Zaireen Ahmad Zahudi dari kontigen Zaba.

Dalam majlis disempurnakan oleh Pendaftar, Encik Faizi Othman itu, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua jawatan kuasa sukan staf universiti, dan kontigen yang terlibat.

 

kiesta 1

 

Please follow and like us: