IMG_0289

UPSI, 6 Januari – Satu Konsert Samudera Biru Universiti Pendidikan Sultan Idris diadakan di Panggung Budaya, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) bagi meraikan kerjasama erat yang terjalin antara UPSI dan pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Naib Canselor Profesor Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, UPSI telah lama bekerjasama dengan Kumpulan Gelombang Biru TLDM dalam pelbagai bidang.

“UPSI melalui FMSP dan TLDM bekerjasama dalam membuat latihan dan persembahan muzik, serta dalam latihan pendidikan dan pembelajaran, teknikal, sastera dan budaya. Justeru, konsert yang merupakan inisiatif UPSI ini diadakan bagi meraikan kerjasama tersebut,” katanya.

Tambah beliau atas sumbang bakti UPSI, seorang kakitangan di FMSP, YM Raja Azuan Nahar Raja Adnan dianugerahkan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) oleh pihak TLDM.IMG_0225

Naib Canselor turut menyatakan impian untuk menubuhkan pasukan PALAPES Laut sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum kepada pelajar kerana melalui pengalaman dalam penubuhan pasukan PALAPES darat, SUKSIS dan JPAM sebelum ini terbukti dapat menerapkan jati diri dalam jiwa pelajar dan membentuk keperibadian dan akhlak mulia serta semangat cintakan Negara.

“Untuk makluman, hingga kini seramai 400 orang pelajar telah menyertai pasukan simpanan ini dan sasaran UPSI adalah menjadikan jumlah pelajar seramai 1000 orang menjelang tahun 2020,”.

“Justeru saya merasakan kerjasama dengan TLDM boleh dilaksanakan dengan lebih jauh bukan sahaja dalam penghasilan pegawai simpanan PALAPES Laut tetapi merentasi kerjasama bidang latihan melalui kepakaran yang ada yang boleh dimanfaatkan secara bersama,”.

“Saya berharap Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) boleh berbincang secara lanjut dengan pihak TLDM dalam menawarkan latihan kepada kakitangannya melalui program Accreditation of Prior Experiential Learning atau singkatannya APEL. Ianya secara tidak langung dapat meningkatkan taraf pendidikan warga TLDM dan seterusnya menambahkan pengetahuan dan pembangunan kerjaya,” katanya dalam ucapan aluan pada konsert tersebut.IMG_0197

Hadir sama Laksamana Madya Dato’ Seri Mohamad Roslan Mohamad Ramli, Panglima Armada TLDM, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani Hamzah,Pengarah Pengurusan Pasukan Simpanan TLDM, Kepten Khir Junaidi Idris,Pegawai Memerintah KD Sri Klang, TLDM, Kepten. Prof.Madya Dr. Jamalunlaili Abdullah, dan yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Dr.Mohd Zahuri Khairani.

Pada konsert yang dipersembahan oleh pelajar-pelajar UPSI itu menampilkan tiga segmen persembahan iaitu Tarian Zapin Salor (Live Muzik Asli), Muzik Asli dan persembahan Big Band.

Please follow and like us: