DSC_0605

UPSI, 19 Januari – PU Mizi sampaikan ceramah bertajuk “Pasca Maulidur Rasul : Penyatuan Itu Sunnah” sempena Sambutan Maulidur Rasul1438H/2017 Peringkat Universiti pendidikan Sultan Idris  yang diadakan di Auditorium Utama.

Program tahunan anjuran Pusat Islam itu diadakan bagi memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar nabi Muhammad S.A.W dan menghayati perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Norhamizi Jamaluddin juga dikenali sebagai PU Mizi, Juara Pencetus Ummah 2016 yang juga merupakan  Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam Pahang.

Hadir sama Pengarah Pusat Islam, Dr. Mohd Abdul Nasir Abd Latif, dan Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob.

Please follow and like us: