DSC_0825 2

UPSI, 20 Januari – Seramai 800 kakitangan mewakili lapan kontigen rumah sukan berentap dalam Karnival Sukan Staf (KIESTA) 2017 yang berlangsung dari 20 hingga 27 Januari untuk merebut 55 emas, 55 perak dan 55 gangsa dalam 20 acara yang dipertandingkan.

Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Zakaria Kasa dalam ucapannya memuji komitmen dan kesungguhan semua kontigen dan berharap penganjuran acara itu dapat mengilap bakat baharu dalam bidang sukan sebagai persiapan menjelang Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2017 yang akan berlangsung pada pertengahan tahun ini di UPSI.

“Karnival Sukan Staf kali ini, sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua kakitangan UPSI. Secara peribadi, saya melihat penglibatan ahli MPE yang bertindak selaku ketua kontingen, telah memberikan kesan yang amat baik kepada penglibatan keseluruhan kakitangan UPSI,”.

PERPARISAN

“Saya percaya, persediaan yang dibuat awal akan memberi keyakinan diri kepada staf UPSI untuk bersaing dalam mana-mana karnival atau pertandingan sukan yang dipertandingkan. Saya sangat berharap pasukan UPSI akan meraih kemenangan dalam pertandingan sukan berkenaan dan dapat menaikan nama universiti pada pandangan komuniti Universiti Awam yang lain,” katanya pada Majlis Perasmaian KIESTA 2017 yang berlangsung di Stadium UPSI.

KIESTA 2017 merupakan karnival sukan yang terakhir kepada Prof. Dato’ Dr. Zakaria selaku Naib Canselor. Beliau yang juga merupakan Ketua Kontigen Rahman Talib akan bersara wajib pada 23 Februari 2017.

Antara sukan yang dipertandingkan ialah futsal (lelaki & wanita), bola tampar (lelaki & wanita), badminton, tenis, tenpin boling (lelaki & wanita), petanque (lelaki & wanita), sepak takraw, bola jaring, catur (lelaki & wanita), bola sepak 9 sebelah, hoki dewan (lelaki) berbasikal, olahraga, perayu panjang, kayak dan golf.

HAS_9398

Turut diadakan pada majlis yang sama Pertandingan Perbarisan Kontigen dan Tarik Tali Lelaki yang dimenangi oleh Kontigen Rahman Talib. Rahman Talib membawa pulang wang tunai RM500.00, piala dan hamper.

Hadir sama yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Dr. Mohd. Zahuri Khairani, Ketua Pegawai Maklumat (CIO),Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi, Pn. Norazizah Othman, Pendaftar, En. Mohd. Faizi Othman, Bendahari, Puan Hajah Khadijah Hamdan, Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yacob, dan Pengarah Pusat Sukan, En. Mohammad Faeez  Mohamad Alias.

Please follow and like us: