YaPEIM Anjur Dialog Antara Penganut Agama di UPSI

DSC_9869

UPSI,  27 November  – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia  (YaPEIM) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengajurkan Dialog Antara Penganut Agama Bersama Wakil Badan-Badan Agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristian yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha bertempat di Dewan Besar.

Antara ahli panel yang terlibat dalam dialog berkenaan ialah Felo Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Rehan Ahmad Jamaluddin Ahmad, Naib Presiden Persatuan Belia Buddhist Malaysia, Thai Ming Yeow; Penasihat Kebangsaan Persaudaraan Belia Methodist Malaysia, J. Rev. Jonathan dan Pegawai Perhubungan Awam dan Tugas-Tugas Khas The Divine Life Society, Swami Brahma.

Penganjuran dialog tersebut merupakan sebahagian daripada amal jariah YaPEIM dalam merapatkan hubungan antara penganut agama yang dilihat semakin kritikal dengan mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Hadir sama Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Prof. Datuk Mahamad Naser Disa serta Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI, Prof. Dr. Zainudin Othman.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...