IMG_7041

UPSI, 20 Nov – UPSI amat menekankan kepentingan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi memenuhi matlamat pendidikan negara untuk pertumbuhan serta pembangunan pada masa akan datang.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dato’ Dr. Noraini Idris berkata sebagai univerisiti pendidikan terkemuka di negara ini, pihaknya sentiasa berusaha menjana dan meningkatkan ilmu pengetahuan menerusi perkhidmatan pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat.

Tambah beliau, UPSI sentiasa berusaha untuk menyediakan platform yang sesuai serta kondusif kepada para pendidik dan masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang pendidikan sains dan matematik.IMG_7007

“Seiring dengan perkembangan zaman dan teknologi golongan pendidik dan penyelidik perlu bekerjasama dalam bidang penyelidikan dan inovasi terutama berkaitan STEM,”.

“Selain itu, kerjasama industri dengan universiti juga mustahak bagi memastikan graduan yan dihasilkan bukan sahaja cemerlang tetapi juga dapat memenuhi keperkuan pasaran kerja yang semakin sengit,” katanya pada Persidangan Antarabangsa, Pendidikan, Matematik, dan Sains 2016 (ICEMS2016).

ICEMS2016 bertemakan Meningkatkan Pengetahuan Pembangunan Modal Insan ini diadakan sempena 4th International Postgraduate Conference on Science and Mathematics 2016 (IPCSM2016) bertujuan sebagai platform kepada ahli akademik, penyelidik, pelajar  untuk berkongsi penemuan-penemuan baharu dalam bidang sains dan matematik.

Please follow and like us: