HAS_7803

UPSI, 18 Oktober – UPSI dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menganjurkan Forum Iklim Kebangsaan 2016/2017 Monsun Timur Laut bertujuan menjadi platform mengembangkan ilmu sains dan teknologi dalam bidang cuaca dan iklim bagi meningkatkan kefahaman di kalangan pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana.

Forum yang dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi & Inovasi), mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia,  Profesor Madya Dr. Ramzah Dambul itu menampilkan enam orang panel iaitu En. Izani Mat II (UPSI), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip (METMalaysia), En. Nurul Husaif Mohamed Ramely (JPS), En. Mazlan Mohd Daly (NADMA), En. Saiful Anuar Mohd Noor ( PDT Kemaman), Lt. Kol. (PA) Zairil Anuar Zulmuji (APM Negeri Perak) dan dimoderatorkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal), METMalaysia,  En. Alui Bahari.

HAS_7626

Naib Canselor Profesor Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, penganjuran forum itu wajar dilaksanakan kerana dapat meningkatkan kesedaran, dalam kalangan orang awam, agensi pengurusan bencana  dan juga media massa yang menyalurkan maklumat mengenai bencana alam.

“Keadaan ini membantu masyarakat agar dapat bersiap siaga akan setiap bencana yang akan berlaku. Masyarakat perlu mengetahui akan agensi dan pihak-pihak yang boleh dirujuk  dalam menangani masalah berkaitan bencana alam ini,”.

“Forum ini juga dapat memangkinkan penyaluran maklumat mengenai keadaan cuaca dan iklim kepada agensi dan organisasi yang terlibat dalam pemantauan dan pengurusan bencana. Saban tahun, Forum Iklim Kebangsaan yang dianjurkan mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan agensi kerajaan, badan-badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan, universiti dan pelbagai sektor lain yang peka terhadap cuaca dan iklim dan usaha ini  telah berjaya membantu pihak berkenaan dalam pengurusan dan bantuan bencana.,” katanya.

Sebelum berlangsungnya forum, enam sesi pembentangan kertas kerja diadakan iaitu Rescue, Educate & Enlighten oleh En Izani Mat II (UPSI), Tinjauan Monsum Timur Laut oleh Dr. Fariza Yunus (Jabatan Meteorologi Malaysia), Projek Ramalan Amaran Banjir oleh En. Nurul Husaif Mohamed Ramely (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia), Kesiapsiagaan Pengurusan Bencana oleh En. Mazlan Mohd Daly (Agensi Pengurusan Bencana Negara), Sistem Pengawasan Bencana Banjir oleh En. Saiful Anuar Mohd Noor (Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman) dan Operasi Stesen Janaelektrik Sungai Perak: Persediaan Menghadapi Monsoon Timur Laut oleh En. Mohd Saifuddin Zakaria (Tenaga Nasional Berhad).HAS_7847

Turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPSI dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang ditandatangani oleh Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa dan Ketua Pengarah, Dato’ Che Gayah Ismail.

Hadir sama, Pendaftar En. Mohd Faizi Othman, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) MetMalaysia, En. Alui Bahari, dan Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan, Profesor Dr. Zainudin Othman.

Please follow and like us: