Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Abd Ghani

Buku karya Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Abd Ghani dari Fakulti Sains Kemanusiaan, berjudul Tartil Al-Quran memenangi anugerah dalam kategori Buku Pendidikan diterima di Majlis Anugerah Buku Negara 2016 yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 Disember 2016.

DSC_9499

Pensyarah di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Dr. Ghazali Din atau nama penanya Ihsan Noorzali, turut memenangi hadiah penghargaan Hadiah Sastera Utusan 2015 menerusi sajak  “Yang Tercipta Buat Kita” yang tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 11 Oktober 2015, hadiah disampaikan oleh Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Persekutuan, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim di Hotel Grand Millinium, Kuala Lumpur.

En. Ariff Mohammad-1

Di jabatan yang sama, penulis dan pensyarah Bahasa Melayu, En. Ariff Mohamad pula memenangi kategori Novel Dewasa Hadiah Karya Darul Ridzuan ke-5  menerusi novelnya Di Hujung Negeri sempena Festival Puisi Antarabangsa (PULARA)  ke-7 yang berlangsung di Pulau Pangkor pada 8 hingga 11 Disember 2016, hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.

Please follow and like us: