Ragbi Wanita Piala Naib Canselor UPSI Edisi Pertama 2016

DSC_5497

UPSI, 17 Disember – Pasukan ragbi wanita, Angels  yang mewakili  Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai Kejohanan Ragbi Wanita Jemputan IPT 10 Sebelah Piala Naib Canselor UPSI apabila berjaya menewaskan pasukan Majlis Sukan Politeknik (MSP A) pada perlawanan akhir.

UPM yang diketuai  Beatrice Anaa John Peter dibarisi pemain Nor Na’imatul Inani, Alyaa Husna  Abdul Rahman, Farah Sakinah Azman, Garnete Nawin, Noor Asnida Abd Razak, Ann Crystal, Nur Hazirah Daud, Ainul Latifah Mohd Taib, Bibi Nuraisyah, Siti Munirah Mohd Issah, Saidatul Fatihah, Nurul Aqila Abd Razak, Shazima Hanny Natasya serta Nur Syahira  Mohd.

DSC_5335

Kejohanan buat pertama kalinya anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI dan Politeknik Balik Pulau (PBU), Pulau Pinang  itu menyaksikan penyertaan pasukan UPSI (Ladies Eagle A dan B), Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP A dan B), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti  Sains Malaysia (USM) dan pasukan Cobra Venom merebut piala pusingan, Piala Naib Canselor.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Prof. Madya Dr. Nelfianty Mohd Rasyid  selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang berkata  kejohanan yang berlangsung pada 17 Disember itu membabitkan pemain ragbi wanita buat pertama kalinya  sekali gus menjadi  satu titik permulaan untuk mencungkil bakat di peringkat Majlis Sukan Universiti (MASUM) serta peringkat kebangsaan.

“Melalui kejohanan ini UPSI berjaya membentuk 30 pemain daripada dua pasukan dan sebagai sebagai permulaan yang baik untuk mereka pergi lebih jauh,” katanya.

DSC_5528

Bagi kategori Bold johan dan naib johan dibolot pasukan  UPSI (Ladies Eagle B)  dan  UPSI (Ladies Eagle A).

Kategori Sheild dimenangi pasukan  MSP (B) manakala naib johan pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) dan bagi kategori  Plate  pula pasukan  Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diwakili pasukan  Simba RC muncul juara manakala naib johan pasukan Cobra Venom.

Sementara itu Ketua Jurulatih UPM, Azrul Azman Abdlah melahirkan kebanggaan terhadap pemain dibimbingnya  selama tiga minggu itu yang menempah pencapaian baik berikutan ada yang belum pernah bermain ragbi sebelum ini.

Pemain bertubuh sasa dari UPM,  Bibi Noraishah Ishak diumumkan sebagai Pemain Terbaik  sepanjang kejohanan sehari itu.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...