HAS_1470

UPSI, 26 Ogos – UPSI menerusi Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) giat menjalinkan hubungan baik dengan Universiti Nagoya, Jepun menerusi program Well-Being Asia Nagoya University dan majlis perasmian diadakan di Dewan Seri Tanjung.

Menurut Pengarah UCTC, Prof. Dr. Ramlee Mustapha, program itu adalah kali kedua diadakan selepas yang pertama pada 2014 dan ia memberi pendedahan kepada pelajar pascasiswazah Universiti Nagoya untuk membuat kajian dan membentangkan dapatan kajian mereka  sebelum pulang ke Jepun.

Beliau yang pernah menjadi pensyarah pelawat di Universiti Nagoya sebelum ini berkata, menerusi program itu, lima pensyarah dan tiga pelajar doktor falsafah  akan melakukan tinjauan di persekitaran UPSI selain melawat pelbagai kemudahan yang terdapat di  UPSI seperti Muzium Pendidikan Nasional (MPN), Pusat  Pembangunan Kecemerlangan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) serta kebun tanaman pokok tin dan anggur di Kampus Sultan Azlan Shah.

HAS_1530

“Selain itu, mereka juga akan di bawa ke Cameron Highland  iaitu di perkampungan dan Sekolah Rendah Kebangsaan Menson yang kebanyakan muridnya  terdiri daripada anak-anak orang Asli,” katanya pada Majlis Perasmian Program Well Being Asia- Nagoya University.

Sementara itu wakil Universii Nagoya, Prof. Dr. Sushino berkata  program tersebut memberi kesan yang baik kepada kakitangan dan pelajar kedua-dua universiti dalam membina hubungan bagi menjayakan bidang  penyelidikan dan pertukaran pengalaman di peringkat pengajian tinggi.

Antara pegawai akademik yang terlibat membantu menjayakan program itu ialah Dr. Ridzuan Che Rose dan Abu Bakar  dari Jabatan Pertanian, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional dan  Dr. Norwaliza  Abdul Wahab dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.

Please follow and like us: