WhatsApp Image 2016-12-09 at 3.34.35 PM-1Cameron Highland, 26 November – Bagi mendokong hasrat Kerajaan dalam menyuburkan  Dasar Strategi Lautan Biru Kebangsaan, satu sistem penyampaian perkhidmatan  awam berkesan perlu diwujudkan.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr Zakaria Kasa berkata, sistem itu perlu melalui pendekatan baharu dengan kaedah penyelesaian yang lebih kreatif dan inovatif untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kerajaan sentiasa relevan bagi memenuhi kehendak rakyat.

“Justeru, untuk memastikan aspirasi itu dapat direalisasikan, kesemua pihak yang terlibat perlu bersedia untuk melalui anjakan paradigma dan sentiasa komited bersama-sama melaksanakan transformasi demi masa hadapan perkhidmatan awam,” katanya pada majlis Perasmian Bengkel Blue Ocean UNION anjuran Kesatuan Pegawai Am, (KPA) UPSI yang diadakan di Star Regency Hotel, Cameron Highland.

Tambah beliau, antara tugas dan peranan penjawat awam dalam mentransformasikan perkhidmatan untuk meningkatkan produktiviti sama ada di peringkat universiti mahupun di peringkat negara yang perlu diberi perhatian ialah mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan,  serta memperkukuh pengurusan bakat masa hadapan.

“Berkaitan perkara ini, semua staf berperanan membantu UPSI ke arah memantapkan tadbir urus universiti dengan meningkatkan pemahaman berkaitan KPI Prosedur birokrasi yang menghalang fasilitasi penyampaian perkhidmatan awam yang cekap akan dipermudah, data dimanfaatkan sepenuhnya, pertindanan dikurangkan dan akauntabiliti ditingkatkan.

“Selain itu, pengaturan kerja yang lebih fleksibel akan disediakan bagi menggantikan persekitaran kerja tegar di samping menumpukan kepada pengurusan bakat dan peningkatan keupayaan dengan mempertingkatkan perkidmatan bagi mencapai outcome yang lebih baik dan cepat,” katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan tugas dalam perkhidmatan awam dengan lebih efektif dengan memiliki ciri-ciri kepimpinan seperti Finesse, Open-minded, Ability to motivate, Empower, Diversify your networks, dan Be bold enough to break from the past.

Please follow and like us: