DSC_1540

UPSI, 8 Disember – UPSI mencipta sejarah baharu apabila Padang Hoki, Kompleks Sukan, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah berjaya mendapat Certified Field Performance, dari International Hockey Federation (FIH).

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, ”UPSI menerima sijil pengiktirafan itu menerusi International Hockey Federation (FIH) yang berpangkalan di Amerika Syarikat,”.

Tambah beliau, Perak memang sudah lama terkenal dengan melahirkan pemain hoki kebangsaan seperti Norsaiful Zaini dan Azlan Misrun, serta mempunyai tokoh hoki negara di negari Perak iaitu Almarhum Sultan Azlan Shah.
Justeru dengan adanya kemudahan padang hoki itu, UPSI mampu membudayakan aktiviti bersukan dan seterusnya membawa sukan hoki khususnya di UPSI ke satu tahap yang lebih tinggi.

DSC_1548

Menurut beliau, sukan boleh menjadi agen perpaduan yang berkesan bagi segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, dalam perspektif ini, Malaysia adalah antara negara yang telah terbukti berjaya menggunakan sukan sebagai platform untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan integrasi nasional.

”Melalui sukan, masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum ini dapat berkenalan dan menjalin hubungan mesra antara satu sama lain. Sukan juga mampu menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan. Semua nilai berharga kepada warganegara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya pada Majlis Penyerahan Projek Padang Hoki Sintetik.

Zakaria berharap Pusat Sukan dapat membuat perancangan yang teliti dari segi penggunaan padang secara optimum dan juga penyelenggaraan yang berkaitan dengannya agar padang itu dapat berfungsi dengan baik sepanjang masa dan dapat mencapai objektif pembinaannya.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor. Dr. Mohd Sahandri Gani Hamzah, menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Mohd Zahuri Khairani, Pengarah Urusan Areana Holdings Sdn. Bhd., Hajah Rokiah Mohamed, dan Ketua Penolong Setiausaha Pembangunan Bahagian Sukan KPT, Encik Mohamad Izwan Khairuddin.

 

Please follow and like us: