15304318_10154759844081972_1446782285820624850_o

UPSI, 1 Disember – Sebanyak 116 pasang pakaian hasil rekaan 226 pelajar semester 1, 3 dan 4, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Ekonomi Rumah Tangga, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional diperagakan dalam Majlis Peragaan Pakaian Tahun 2016 yang diadakan di Auditorium Utama.

Ketua Jabatan Keluarga dan Sains Konsumer, Dr. Suriani Mohamed berkata, 116 pasang pakaian itu adalah hasil rekaan pelajar semester 1, manakala proses pembuatan pakaian itu disiapkan oleh pelajar semester 3 dan 4.

Majlis yang bertemakan “Casual And Evening Wear” itu  mengangkat inspirasi daripada hidupan laut seperti udang karang, ikan lumba-lumba berbintik pantropical, ikan pari, tiram, kuda laut dan udang lipan.

Tambah beliau, majlis itu, dirangka bagi menyempurnakan projek akhir untuk subjek Seni Reka Fesyen (VED3043), Pembuatan Pakaian Perempuan (VCD3063) dan Pembuatan Pakaian Lelaki (VCD 3073).

 “Selain menyempurnakan tugasan akhir pelajar bagi subjek Seni Reka Fesyen, Pembuatan Pakaian Perempuan dan Pembuatan Pakaian Lelaki, ia juga bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam bidang rekaan dan jahitan serta memupuk semangat berpasukan dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan,” katanya.

Please follow and like us: